Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, June 9, 2020

Udang Kam Heong



Udang Kam Heong
.
Bahan
500 gram ekor udang segar kalau boleh Saiz besar. Kalau xde, sederhana mcm kami pun boleh 😊
4 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dihiris
4 tangkai cili kering - dipotong
2 sudu besar udang kering - dicincang kecil1 sudu rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit kicap
2 tangkai daun Kari (ambil daun je)
Gula dan garam
Sedikit minyak untuk menumis
.
Cara
Bersihkan udang. Letak sedikit gula. Gaul kan. Kemudian goreng. Ketepikan.
Gunakan minyak yg sama dan tumis bawang putih bersama bawang besar, cili kering dan daun Kari. Kemudian masukkan udang kering. Kacau.
Apabila naik bau masukkan pes rempah Kari. Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Kalau nak berkuah, letaklah air sikit. Tak nak, xperlu letak.
Kacau.
Tutup api.
Siap.
Tak perlu garam sebab kita dah pakai sos2 dan kicap.
.
Kita regu dgn telur dadar kedai makan garing dan bendi rebus.
.

No comments:

Post a Comment