Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, June 9, 2020

Rendang Pedas Perak



Rendang Pedas Perak Cara kami 😊
.
Bahan-bahan diperlukan:
.

1kg ayam potong sederhana besar
1 asam keping
Daun kunyit dihiris (ni makcik xde😭)
1 camca teh serbuk kunyit
1 kotak kecil santan
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
.
Bahan blender
Sedikit air dlm 1/2 cawan
15 - 20 biji cili kering (ikut tahap pedas korang ye) - direndam dengan air panas selama 20 minit
5 batang serai - dihiris
10 biji bawang merah - dihiris
.
Cara:
Potong ayam sederhana besar atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
Tuangkan bahan blender ke dalam kuali yg ada ayam tadi. Hidupkan api. Reneh jap. Masukkan santan dan asam keping. Kacau sikit. Sampai kuah agak pekat, masukkan garam dan perasa(jika suka) kacau hingga sebati.
Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak.
Setelah kuahnya pekat masukkan hirisan daun kunyit (uwaaa makcik xde ni😭) . Masak lagi hingga kuahnya pekat. Tapi kalo korang jenis mcm makcik suka berkuah maka x yah lah tunggu kering sgt.
.
Oh ye, daun limau purut tu hiasan je, jgn korang hiris tabur pulak. Kang jadi rendang siam 😅😁

No comments:

Post a Comment