Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, June 9, 2020

Kari Ikan Pari dengan Bendi




Kari Ikan Pari dengan Bendi
Resipi makcik simple je. .
.
Bahan dihiris
1
inci halia
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan
2 tangkai daun Kari ambil daun je
4 potongan ikan pari
10 batang bendi (makcik suka bendi jadi letak byk😁)
1 biji tomato belah 4
1 peket rempah Kari ikan
1/2 sudu pes asam jawa bancuh dgn air
Garam secukup rasa
1kotak santan pekat (santan kotak kecil)
1 1/2 cawan air biasa
Tumis bawang2 dan halia hiris sampai kekuningan dan naik bau. Masukkan daun Kari dan campuran serbuk kari. Masukkan sedikit air dan tumis sampai rempah pecah minyak dan wangi.
Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan air. Masak hingga menggelegak
Masukkan ikan dan sayuran.
Biar kejap. Lepas tu masukkan santan. Reneh dgn api perlahan. Kacau sikit2 jgn sampai pecah minyak. Pastu perasakan dgn garam. Kacau. Tutup api
.
Lain org lain cara. Ini cara makcik lah😅
.

No comments:

Post a Comment