Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Sunday, November 15, 2020

KERABU SOTONG

Hari ni buat kerabu sotong dengan eisya. Makcik mandur, dia yg masak ๐Ÿ˜‚
Tengah buat, sekali tengok dalam fridge cili padi xdo, pakai cili besar le๐Ÿ˜…Maka terjadilah kerabu sotong tahap mild kepedasannya. Jadilah kan ๐Ÿ˜‚
.
#kerabu #kerabusotong #masakanthai #dapurkekla #masak2 #resipi #resipiringkas #resipimasakan #dinner #eisyaiscooking

Friday, November 13, 2020

Laksa Terengganu

Hari ni sarapan buat laksa terengganu๐Ÿ˜€ .
Bahan๐Ÿ‘‡
8 ekor @ 800g ikan selayang/ ikan kembung
 2 sudu kecil lada hitam
 1/2 in halia
 1 ulas bawang putih (makcik tak letak)  5 ulas bawang merah
 sedikit belacan*
 1 1/2 biji kepala parut diambil santannya. Kalau santan kotak, 2 kotak.  2 keping asam gelugur
 sedikit garam dan gula

BAHAN HIASAN :  Daun kesum secukupnya dimayang halus
 Kacang panjang secukupnya dimayang
 Kobis diracik halus (ni makcik takde)  Timun dimayang
 Daun Kemangi/Selasih- di hiris halus (ni pun tak de๐Ÿ˜…) Bunga Kantan- dihiris halus (takde jugak๐Ÿ˜‚) Taugeh - buang ekor (ni pun takde๐Ÿคฃ) 4 biji limau kasturi-belah 2
.
Cara๐Ÿ‘‡
Ikan kembung atau selayang dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk/Blend bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk/blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
Kepekatan kuah ikut selera masing2 ya.
.
#laksaTerengganu #laksa #homecooked #dapurkekla #resipi #resipiringkas #masakanrumah #masak2

Shakshuka

When all you have adalah telo maka puas pikior resipi apa nak masak.
Beberapa tahun lepas follow sorang ahkak ni suami dia org palestine.. Dia masak ni utk sahur. Save punya save bertahun tak buat๐Ÿ˜…
Sebenornya kena letak minced beef tapi kami tak de. So ini shakshuka ala2 org tak ado lah gitu๐Ÿ˜… 
.
Makcik ikut style akak tu yg simple takde minced beef dan tak byk rempah ratus sbb rumah ni byk2 rempah depa tak suka dan mmg tak buat stock. Style express orang lapar punya ๐Ÿ˜

Bahan: tomato potong dadu, bawang holland potong dadu, sikit sos.. Cili kalau suka.. Daun bawang. Lebih umphh kalau ada daun ketumbar. Letaklah lada sulah. Garam makcik tak taruk๐Ÿ˜…

Abaikan telo tu ye, makcik bab pecah telo bulat elok sunny side up tu mmg fail hahhahhaha kasar bebenor ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Jom lah makan ๐Ÿ˜

Kimchi Ringkas

Siap. Kali ni tambah cili padi sikit bagi lagi kick๐Ÿ˜€
.
Resipi ๐Ÿ‘‡
.
Bahan A
Kobis Cina yg panjang tu. 
3 sudu cuka makan
3 sudu gula
3 sudu garam
Air utk merendam kobis
.
Cara A
Bersihkan kobis. Pastu potonglah 2 inci2 (besar2)
Masukkan dalam besen. Letak air sampai tenggelam kobis. Masukkan cuka makan, garam dan gula. Rendam selama 2 jam. Lepas dua jam tu cuci bersih2. 3 ke 4 kali cuci sampai bau cuka semua tu kurang. Toskan.
.
Prepare paste. Bahan paste ๐Ÿ‘‡
Serbuk cili 4 sudu (kalau nak lagi pedas bubuh byk sikit) 
Sos ikan 4 sudu (kalau rasa kurang masin, tambah sikit lagi
Gula secukup rasa
Bawang putih dicincang dlm 7 ulas
Kali ni kami letak cili padi sikit ๐ŸŒถ️ (ni tumbuk ya) . 
Cara๐Ÿ‘‡
Campur semua jadikan paste.
.
Bahan lain jika suka
Daun bawang potong 2 inci
Sedikit bijan
.
Campurkan daun bawang, Bijan dan kobis. Masukkan paste dan Gaul rata. Letak dalam bekas. Simpan dlm fridge.
.
Ramadhan Day 25
.
#kimchi #koreankimchi #homemade #masakanringkas #masak2 #koreanfood #pkp #ramadhan #stayathome #dudukrumah #resipiringkas #resipi #resipikimci #kimchiringkas #sukakimchi #homecooked #dapurkekla 
#kimchiringkas #kimchi #eisyaiscooking #homecooked #homemade #resipiringkas #ramadhan #koreankimchi #koreanfood

Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh

Ajar eisya buat kerabu pucuk paku taugeh utara style.. But no kerang ye.
Ibunya dah tak boleh makan kerang..kang bisa tempat ceaser hihuuuu๐Ÿ˜…

Lama tak makan. Sini pucuk paku senang cari.. Tapi cari kat pasar la ๐Ÿ˜…
.
Takde kerang takpe janji rasa marbelesss

BAHAN-BAHAN :

Utk kerabu :
2 ikat pucuk paku (ambil pucuk sahaja) dicelur dengan air panas.
taugeh 30 sen dicelur dengan air panas
4 ulas bawang merah dihiris 
4 batang cili api dihiris
Garam secukup rasa
Kuah :
Cili kering 8 batang direndam air panas dan kisar bersama 5 biji bawang merah
2 sudu kerisik
2 cawan santan pekat
sedikit belacan jika suka
2 biji limau kasturi 

CARA-CARA :
1. celur pucuk paku taugeh dan ketepikan.
2.Hiris bawang merah dan cili api ketepikan
3. ambil bahan kisar dan satukan bersama santan dan kerisik didalam periuk..masakkan (supaya tahan lama-tak masak pun tak apa tapi nanti tak tahan lama, cepat basi)
5. Letakkan garam dalam kuah kacau rata.

Satukan sayur2an dalam bekas..tuang kuah sikit2, perah limau kasturi dan gaul rata. Siap untuk dihidang...
.
#regumemasak #kerabu #kerabupucukpakutaugeh #masak2 #masakanrumah #homecooked #homemade #jommasak #dapurkekla #resipiringkas #resipi

Kurma Daging dengan Kobis

Makcik masak daging kurma+kobis.. Letak kerisik. Resipi turun temurun nenek makcik + sambal belacan ๐Ÿ˜‹

Dua tiga hari lepas menu ni muncul kat memori fb... Menjejeh air liur ahhahha so kita buat la.
Cara mcm kurma biasa cuma kena or mesti letak kerisik dan kalau selalu org masak kurma letak kentang kan.. Ni letak kobis potong besar2 (sebelah kobis tu belah 3 atau 4) dagingnya pun potong besar2, ni kena rebus lama lah kalau tak tertanggal gigi ko๐Ÿ˜… makcik old school masih rebus dalam piuk, takde pressure cooker, tak reti guna ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
.
Makcik buat sambal belacan utk makcik, kalau yg lain makan.. Caution:Risiko tanggung sendiri ya๐Ÿ˜…

Lauk nu regu dgn sambal belacan dan ikan selayang goreng mmg tip top le.. Tapi makcik tak goreng ikan pun.. Malas satu, berjimat pun ye hehehheh (dah mcm mak hagemaru, semua benda nak jimat๐Ÿ˜…)

Resipi

500gm daging lembu yg dipotong kiub sederhana besar (rebus dulu biar empuk ye)
3 ulas bawang merah sederhana besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
1 peket rempah kurma daging diletak 2 sudu santan cair dan gaul rata
santan dari 1 biji kelapa dibahagi 2..satu santan cair (campur 1/2 cawan air) 1 santan pekat
rempah 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih)
3 sudu kerisik
Minyak untuk menumis
air secukupnya
1 labu bawang besar dibelah 4
1/2 biji kobis dibelah 3 atau 4

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan
2. masukkan bahan hirisan dan biar garing sikit
3. Letak rempah kurma..letak air sikit dalam 2 sudu dan kacau
4. Letak kerisik dan kacau..biar pecah minyak..
5. Masukkan daging yg direbus tadi dan santan cair..kacau rata
biar empuk dan pecah minyak
6. Masukkan santan pekat..kacau..kobis dan biar kobis empuk
7. Masukkan bawang besar..kacau
8. Masukkan garam, gula sikit dan biar mendidih...tutup api..siap dihidang
.
#kurmadagingdankobis #kurmakerisik #resipi #resipiringkas #masakanrumah #homecooked #homemade #jommasak #sedap #delicious #dapurkekla #kurma #daging #masakanmelayu #lunch #pkpb #malaysia #masak2

Tuesday, June 9, 2020

Masak Lemak Cili Padi Style Terengganu




Bahan.
Isi ikan. Boleh guna ikan kembung. Ikan kita rebus dulu. Letak asam keping. Dah Sejuk kita amik isi. Blender. Ikut korang lah berapa ekor ikan. Makcik sekor je๐Ÿ˜… lagi byk ikan lagi sodap tapi jgn byk sangat la.. 2, ekor tu ok๐Ÿ˜€
Santan Sekotak
Sedikit air
Bayam
Sedikit stock ayam (stock ikan bilis pun xpe) .
2 keping tauhu belah 4
.
.
Bahan tumbuk
Cili padi ikut tahap pedas
Bawang besar satu labu
Bwg putih 2 biji
Kunyit hidup seinci
.
Cara.

Letak minyak sikit...pastu tumis bahan tumbuk tadi pastu letak ikan tu ...tmbh air sikit...letak sayur..letak perisa stok aym tu siikit dgn garam... santan.. Kacau, masuk tauhu. . Menggelegak. Angkat... Kami regu dgn sambal tumis udang ๐Ÿ˜€
.
#masaklemakcilipaditerengganustyle #masaklemakcilipadi #masakanrumah #masak #homemade #masakanringkas #resipi #resipi #makantengahari #jommasak #masak2 #masakanmelayu