Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Thursday, April 9, 2015

Asam Rebus Keladi

Asam Rebus Keladi

Bahan-Bahan
3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2
2 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar
5 tangkai cili merah
Kalau nak pedas tambahlah cili padi merah
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
sedikit belacan jika suka

Cara Memasak
Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, asam keping dan garam.
Masukkan daun kesum.
Menggelegak...tutup api ..boleh dah makan 😊


No comments:

Post a Comment