Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Saturday, April 18, 2015

Kulat Sisir


Sambal Kulat Sisir (style mak makcik ye..lain org lain caranya)




3 genggam kulat sisir- direndam..dibasuh beberapa kali
1 batang serai - dititik
1 sudu minyak masak - untuk menumis
Sedikit garam gula 
Santan pekat dlm 1/3 cawan
Sesudu kecik udang kering

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7-12 biji kering rendam ( ikut suka kepedasan memasing)


Cara2

Kulat yg telah direndam dalam 10-15 minit tu.Tujuan direndam adalah untuk mengasingkan dari benda asing..ye la kan amik kat batang pokok2 kayu..Ada gek la kulit batang kayu yg ikut sama. Basuh byk kali sampai xde pasir. Dah basuh bersih tu tos dan tumbuk sikit jgn sampai lumat, just bg lembek je.

Panaskan minyak untuk menumis dan masukkan bahan yg dikisar, udang kering dan serai yg telah dititik.Tumis hingga naik bau or pecah minyak.
Kemudian masukkan la kulat sisir yg telah ditumbuk dan sedikit air untuk memasakkan kulat tu. Masukkan santan.. garam gula dan perasa mengikut rasa u all. Gaul mesra dan masak hingga kulat masak dan pekat. 

Makan ngan ikan goreng, sambal belacan pun sodap ..sekian ;)



No comments:

Post a Comment