Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)
Tuesday, May 3, 2011
Masak Lemak Daun Turi/Pucuk Geti
BAHAN-BAHAN
1 ikat daun turi - disimpul dan celur dengan air panas, toskan.
3 ulas bawang merah - kisar
2 cili merah - kisar
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Sedikit ikan bilis
CARA-CARA
1. Masukkan santan cair, ikan bilis, bawang merah dan cili merah yang telah dikisar.
2. kemudian masukkan daun turi dan gaul hingga sebati. Kemudian perasakan dengan garam.
3. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika hingga semua sebati, mengelegak. Tutup api...Bolehlah diangkat dan hidang
Labels:
Sayuran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment