Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Friday, October 31, 2014

Mangga Asam Boi




Mangga asam boi dah mcm fenomena skrang kan..
..saya pun suka jugek sbb xmasam dan berjeruk sgt...makan sejuk sedap

Bahan
Mangga / mempelam muda. Kalau masak berair nanti
Asam boi merah boleh putih boleh. Kuantiti agak2 dgn pelam. Byk pelam byk asam boi
Garam secukup rasa
Gula yg ni byk sikit. Kalau saya dua biji pelam 3 sudu besar gula
Cili api atau cili besar ikut tahap pedas anda

Cara:
Bersihkan pelam. Tos sampai betul2 kering. Hiriskan. Masukan semua bahan lain. Gaul dan masuk peti sejuk selama 4-5 jam. Boleh makan dah

Masak Lemak Cili Padi Ikan Kayu dan Daun Asam Gelugur

BAHAN :-
1. 1 ekor ikan kayu sederhana besar
2. 7 helai daun asam gelugur - diracik mcm bunga rampai,rendam dlm air garam sebentar tuk menghilangkan sedikit rasa masam)
3. 20 biji cili padi ditumbuk...kalo kuat pedas letak byk...kalo tak sikit sudah la...
4. ** 1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
5. 250ml santan pekat
6. 1 cawan air

CARA :-
1. masukkan cili padi dan kunyit yang ditumbuk bersama secawan air ke dalam periuk.
2. Masukkan daun asam gelugur bersama ikan dan biarkan sehingga ikan masak hampir baru masuk kan santan bersama air. sentiasa kacau agar santan xpecah minyak..perasa kan dengan garam
3. Bila ikan dah masak dan santan hampir mendidih boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan