Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Wednesday, June 29, 2011

Daging Goreng



BAHAN-BAHAN :

BAHAN DITUMBUK
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

minyak untuk menggoreng daging
500 gm daging dihiris dilumur garam dan kunyit
daun bawang
1 biji bawang besar dipotong bulat

CARA-CARA :
1. Gorengkan daging hingga empuk (jgn rentung pula ye hehehe). Kalau minyak byk bila dah empuk buang sikit minyak.
2. Bila dah empuk, masukkan bahan tumbuk dan gaul rata sampai bahan tumbuk kekuningan
3. Masukkan hirisan bawang besar dan daung bawang. Gaul dan boleh tutup api bila bawang layu sikit :)

Senangkan...ada org suka minyak byk..ada yg tak suka.

Sunday, June 26, 2011

Kari Telur


6 biji telur direbus dan dibuang kulitnya
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air )
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub pati ayam
beberapa biji tomato cherry jika suka
minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk/dihiris :
4 biji bawang
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara

1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Masukkan telur yang telah direbus tadi. Tomata Cherry
5. Masukkan garam
6. Kacau seketika, tutup api dan angkat


My dotter yg memilih makan tu kata sedap...dan request buat lagi..sepinggan nasi 3 senduk licin....hehehh!! sure ibu buat lagi key :)

Saturday, June 25, 2011

Sup Ikan Haruan


make sure ikannya ikan fresh ye..Menu org berpantang juga ni tapi kalau untuk org berpantang tumis dengan minyak sesudu je...jgn banyak minyak


Bahan-bahan :

2 ekor ikan haruan saiz sederhana dipotong 4 dibasuh bersih
sesudu lada hitam
4 biji bawang merah
1 inci halia
sedikit kayu manis & bunga lawang (jika suka - saya tak letak)
4 biji bawang putih
2 cawan air (ikut suka kalo suka kuah byk letak lebih)
1 sup bunjut
daun bawang/daun sup secukup rasa
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. tumbuk lada hitam (agak2 kalo nak pedas byk) halia, bwg merah dan bwg putih
2. Panas kan minyak kemudian tumiskan bahan ditumbuk hingga naik bau
3. masukkan air, tunggu mengelegak
4. masukkan ikan (jgn kacau sangat nanti isi ikan pecah-terbalikkan sekali sekala je)
5. letak sup bunjut...(mcm masak sup biasa tapi saya tak letak rempah sup pasal nanti kuah dia kelabu..bebudak tak suka).
6. Letak garam secukup rasa dan kacau rata. Mendidih.
7. Tutup api dan tabur daun sup dan daun bawang yg diracik halus. Kalau suka letak sikit bawang goreng.
8. Siap untuk dihidang
Hidangan utk 4 org

Jom ramai-ramai jadi community Faceblog :)




Kommuniti berinformasi untuk para bloggers. Juz pergi ke laman web : http://www.the-faceblog.com/

Wednesday, June 22, 2011

Ayam Blackpepper


BAHAN-BAHAN

500gm fillet ayam - dihiris lumur dengan sedikit garam dan kunyit kemudian digoreng separuh masak

sedikit minyak zaitun untuk menumis
1/4 cawan kicap pekat (saya pakai kicap manis cap kipas udang)
4-5 sudu sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit air untuk kuah...

bahan ditumbuk
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
1 inci halia

2 inci Lobak merah dihiris
sedikit brokoli
1 biji tomato dibelah 6
bawang besar dipotong 8
daun bawang


CARA-CARA

1. Ketepikan ayam yg telah digoreng. Panaskan 2 sudu minyak zaitun.
2. Tumis bahan yang ditumbuk bersama-sama tadi hingga naik bau, kalau nak berkuah letak sikit air.
3. kemudian masukkan kicap, sos tiram dan lada hitam. biarkan masak
4. Masukkan sayuran, tambah air sedikit bagi sayuran empuk
5. akhir sekali masukkan bawang besar dan daun bawang. Sedikit garam jika perlu. Gaul rata. Tutup apu. Sudah siap..boleh dah makan :)
Posted by AnakChott

Tuesday, June 21, 2011

Ikan Pelaling Masak Kicap



BAHAN-BAHAN

6 ekor ikan pelaling dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan gorengkan. Angkat dan ketepikan
1 inci halia dihiris
3 biji bwg merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit air
Kicap
sedikit sos tiram
bawang besar dihiris untuk hiasan dan cili merah dibelah 4
2 sudu besar minyak masak

CARA-CARA

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris sampai kekuningan. Masukkan air biar mendidih.
2. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata. (kalau nak pedas sikit letak sedikit sos cili)
3. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi gaul rata.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Jgn letak garam sebab kicap dah masin lagi pun ikan goreng dah ada garam.
5. Menggelegak, tutup api dan angkat. Boleh dihidang

Saturday, June 11, 2011

Pajeri Nenas


Resipi pemberian bonda tercinta...kalau mak saya masak ni..3 pinggan nasi saya makan..tapi dah duduk jauh ni..teringin kena pandai-pandailah masak sendiri ye tak?? Sedapppp!!!

BAHAN-BAHANNYA :
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ikan (dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan ditumbuk(3 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus/ditumbuk)
1 cawan santan
1 batang kayu manis
Garam dan sedikit gula jika perlu


CARA-CARANYA :

1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. bancuh serbuk kari ikan dengan sedikit air dan dicampur dengan kerisik. (jadi paste)
3. Tumis bahan ditumbuk dan kulit kayu manis hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari + kerisik dan udang kering, tumis hingga naik bau dan garing sikit.
4. Masukkan santan dan kacau rata.
5.Selepas itu masukkan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat dan naik minyak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Ikan Patin Masak Tempoyak



BAHAN-BAHAN:

Satu ekor ikan patin (patin sangkar)
(ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam) dipotong 5 (kalau ikan saiz besar)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus) tak de ganti ngan serbuk kunyit pun tak pe
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
10 biji cili api (ditumbuk halus)- ikut tahap kepedasan anda)
1 cawan tempoyak (saya suka pekat)
2 ikat daun kesum (ambil pucuk je)
2 ikat bunga kantan di belah 2
2 asam keping
1 helai daun kunyit disiat
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)

CARA-CARA :

1. ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
2. Tumbuk kunyit hidup, bawang kecil dan cili api dan digaulkan dengan tempoyak.
3. Masukkan ke dalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping. Letak periuk atas api sederhana. Renehkan.
4. Biarkan seketika kemudian masukkan ikan.
5. Masukan bunga kantan, daun kesum. Daun kunyit yg disiat
6. Masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit. Biar mengelegak..tutup api dah boleh makan :)

Friday, June 10, 2011

Ikan Talapia Kukus Special

Dalam entree semalam kan tulis nak bakar talapia hari ni..sekali semalam ada kawan di FB cakap wat stim lagi best...so hari ni tukar menu...:)

Betullah apa yg dikata...kukus pun sodap!

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan talapia merah (patin ke kerapu atau ikut suka)
dibersihkan dan dibelah dua tanpa putus

1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia(ikut suka)
10 biji cili padi (saya tak letak sebab anak-anak tak makan pedas)
3 batang serai
(semua bahan diatas dihiris nipis)

air limau nipis
secubit garam
sedikit gula
sedikit sos tiram
daun sadri,daun bawang (hiris kasar)
tomato (hiris nipis)jika suka
½ cawan air

CARA-CARA :
1. Basuh ikan dan lumur sedikit garam.
2. letak ikan di atas bekas mengukus, terbalikkan.
3. masukkan air dan tabur kesemua bahan hiris dan lain2 ke atas ikan tersebut..jgn lupa masukkan sedikit sos tiram dan air limau nipis untuk rasa masam..kukus selama lebih kurang stgh jam atau sehingga ikan masak..

(setengah org dia tumis semua bahan hiris kemudian tuang atas ikan yg distim...boleh pilih cara mana satu yg anda suka)

Temerloh dan Patin

Kita bukan nak bercakap tentang Patin Masak Asam Tempoyak...tapi bercerita tentang ikan patin...oh ye...resipi ikan patin ada pada entree http://daridapurcomelku.blogspot.com/2011/06/ikan-patin-asam-tempoyak.html..saya belajar resipi ni bukan di Temerloh tapi di Kuala Lipis masa saya belajar di U dulu kami ada program anak angkat (Titian Kasih). Mak angkat saya Puan Nora suka masak ni...masa dia masak saya pun perhati dan salin resipinya...tapi lama saya tak buat cuma sejak kawen dgn org temerloh ni...ingat balik le resipi dan masak...alhamdulillah seisi keluarga suka...sedap...!! Saya pun sangattttt sukaaaa!1 :D

Okay..cuti sekolah ni kami balik ke kampung sebelah suami di Temerloh...Rabu - Jumaat kat situ...biasalah kerja sendiri anytime boleh cuti kan... hehheheh!!! :P

Temerloh kan bandar ikan patin jadi sepanjang jalan tu mmg banyak lah org jual ikan patin...tapi masa dtg kami lalu jalan dalam....karak-lanchang-mentakab-temerloh...jadi tak jumpa org jual patin/talapia merah. Sini ikan talapia dia fressssshhhhh!!!

Hari Jumaat tu masa nak balik saya pun menyinggah le kejap kat gerai ikan sungai tepi jalan (nak ke hiway) tu...cadangnya nak beli talapia merah tapi makcik tu kata tinggal satu je...patin banyak..jadi beli talapia dan patin le..Talapia tu ingat nak bakar...patin masak asam tempoyak...yummy!!!

Ehem-ehem..mintak makcik tu siangkan...saya takutssss....tengah siang tu ikan tu lompat daaaaa...jerit le semua kat situ hehehhehh!! orang pekan sungguh!

Ikan patinnya...ada dua bekas...kami beli satu je...cukup le makan 4 org...besarrrrrr punyaaa!!

Mr. Hubbby tengah tunggu makcik siang patin dan talapia.

tau tak berapa semua 1 talapia saiz besar...1 patin saiz besar...ehem..ehem...RM24.00 sahaja ye....lauk 2 hari tuuuu....esok kena pegi carik tempoyak...situ tak de...daun kesum dan bunga kantan ada..lusa kita masak ye :)
Talapia bakar esok...errrkk....sebut pun rasa nak meleleh air liur :P

Monday, June 6, 2011

Spaghetti Bersos Cendawan


close up sikit :)

Resipi ni saya dapat dari laman web kongsi resipi dan dikirim oleh kakak mamanur. Disebabkan malam ni kami makan diluar makan thari ni malaslah nak makan nasi..(mengabih boreh jo) hehehh!! so tgk stock spaghetti ada...kira masak ni la...ye tak...


ini lah laman blog Mamanur...korang nak resipi jenguk blog tuannya ye :)
http://mamanurashikindapurrezekiku.blogspot.com/2011/04/spaghetti-bersos-cendawan-ala-ala.html

rasanya lebih afdal mcm tu kan..credits to mamanur for this awesome dish! sedappppp!!! :D

wah!! anak saya kat sedap!! terima kasih ye :)

Saturday, June 4, 2011

Sambal Tumis Sotong Kering

Masa cuti-cuti ke Lumut hari tu banyaklah saya borong makanan laut kering..macam ikan tamban dan sotong kering...sotong kering ni kalau makan dengan nasi lemak memang perrrrgggghhhh!! Ada yang habis 2 pinggan tuuuuuu.... So hari ni saya masak nasi lemak dan sambal sotong kering ni....


BAHAN-BAHAN SAMBAL SOTONG KERING
1 genggam sotong kering dibasuh dengan air kapur, bilas bersih dan kemudian rendamkan sekejap dengan air panas kemudian toskan
3/4 cawan air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula secukup rasa
(kalau suka boleh letak belacan sikit)

Bahan Kisar:
9-11 tangkai cili kering direndam air panas
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih

CARA-CARA

1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan kacau. Biar sampai pecah minyak. Masukkan sotong kering
3. Masukkan bawang besar, garam dan gula. Gaul rata. Tutup api ... siap!

Wednesday, June 1, 2011

Asparagus Goreng Bersos Tiram


Bahan-bahan:
600gm asparagus dipotong sederhana
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
kalau suka pedas ketuk 3-5 batang cili padi
kalau tak suka pedas...hiris capsicum...kasi warna warni sikit..saya pilih yang merah
1 cubit ikan bilis dibasuh dan toskan boleh juga letak 1 genggam udang kertas/hirisan ayam/hirisan kecil daging/sotong
6 sudu sos tiram
sedikit air
garam

Cara-cara :

1. Celurkan asparagus dan letak dalam pinggan.
2. panaskan minyak.. masukkan bawang besar dan bawang putih (masa ni lah letak cili padi jika mahu @ capsicum)
3. tumiskan hingga kekuningan.. masukkan ikan bilis atau jika suka udang kertas/hirisan ayam/daging/sotong dan kacau rata. Masukkan air sedikit. Kacau lagi.
4. Letak sos tiram dan kacau.letak sedikit garam (jangan banyak sebab sos tiram dah masin) tunggu mendidih..
5. Tutup api dan curah atas asparagus yg dicelur tadi...boleh hidang.

Ikan Tamban Goreng

Wiken lepas kami ke Lumut utk hadiri kenduri sepupu sambil tu kira cuti-cuti Malaysia jugak le...Lumutkan terkenal dengan makanan laut..ikan kering....ikan bilis...mcm2 ikan la...dan salah satu ikan...ikan tamban kering...ada byk size...saya beli yg sederhana..senang nak ngap! ngap!



Memang sedap goreng garing-garing...letak cili padi dihiris...dalam 4-5 bijilah..kalau nak lagi pedas...letak 10 biji pun tak pe..tapi kalo pedas...jgn pengsan sudah...hehhehh!! lepas tu hiris bawang besar nipis ke tebal ikut suka...bila ikan tamban tu dah garing masuk semua ni dan kacau. Kalau suka bawang dan cilinya garing pun tak pe...kalau nak separuh masak pun tak pe...ikut citarasa masing-masing...Makan dengan nasi panas memang terangkat...2 pinggan jugak le mr. hubby makan...saya???? saya makan tapi ciput je...diet le katakan..bukan nak cantik tapi nak sihat...sakit lutut bila berat naik huhuhuh!!

Gerai Jual Nasi Arab seorang sahabat di Bandar Tasik Puteri Rawang


Kawan saya ada buka gerai menjual Nasi Arab di Bandar Tasik Puteri Rawang...kalau ada masa sudi-sudikan mencuba nasi arab dia...memang sedap! Harga pun berpatutan..

Mereka juga :
Sedia menerima tempahan dengan harga yang berpatutan. Tiada caj penghantaran dikenakan di sekitar kawasan Bdr Tsk Puteri, Ijok, Batu Arang, Kota Puteri, Bandar Country Homes serta Bandar Rawang. Sedikit caj dikenakan bagi tempahan di luar kawasan. Moh le rasa Nasi Arab.. hallo2 la Che Kay (013-3880788)

Harga: Bungkusan biasa - RM5.50 @ Lunch Box - RM6.50