Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Sunday, February 27, 2011

Kobis Goreng Kicap



BAHAN-BAHAN

1/2 Buku kobis dihiris sederhana
3/4 cawan kicap (ikut suka)-kicap kipas udang warna merah
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit ikan bilis dibasuh dan toskan

CARA-CARA

1. Panaskan minya dan tumis ikan bilis dan bawang-bawang.
2. Masukkan kobis dan gaul mesra.
3. Kemudian tuangkan kicap dan gaul. Note : Jgn letak garam
4. Tutup api siap. Jika mahu letak hirisan cili merah semasa menumis.

Asam rebus ikan parang



BAHAN-BAHAN :


1 ekor ikan parang dipotong sederhana dicuci bersih
1 ikat daun kesum
5 ulas bawang merah ditumbuk
3 batang cili merah ditumbuk
2 keping asam keping
2 cawan air
sedikit kunyit
sedikit garam

CARA-CARA :
1. letakkan air dalam periuk bersama cili merah dan bawang ditumbuk..panaskan dengan api sederhana..
2. masukkan daun kesum biarkan
3. masukkan ikan dan asam keping
4. akhir sekali letakkan secubit kunyit dan garam secukup rasa..mesrakan..mendidih..tutup api dan siap untuk dihidang

Kurma Ayam




BAHAN-BAHAN :
Anggaran makan untuk 4 orang

1/2 ekor ayam
3 biji kentang dibelah 4 / kalau tak de saya letak carrot
rempah 4 beradik
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
2 biji bawang besar di belah 4
1 bungkus rempah kurma dibancuh dengan air
cili hijau dan cili merah dibelah 2
garam dan sedikit gula

bahan ditumbuk:
1/2 inci halia
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

CARA-CARA :

1. Cuci ayam bersih2
2. panaskan minyak sedikit dalam periuk
3. tumis rempah 4 beradik
4. masukkan pes rempah kurma dan kacau...masukkan santan cair..kacau rata
5. Masukkan ayam biar kecut
6. Masukkan santan pekat, bawang besar dan kentang..biar kentang empuk
7. Masukkan garam dan gula..
nak bagi cantik masukkan cili merah dan cili hijau yg dibelah 2...kasi warna warni..

Monday, February 7, 2011

Kerabu Timun


Resipi dari rakan di kongsi resipi Puan Maria Nazri Said
simpan kat sini utk dicuba..insyaAllah

Bahan-bahan:
cili kering ( ikut suka, bergantung pd kuantiti timun)
belacan (pun ikut suka, blh kurang kan klu x suka belacan)

santan pekat (diperah dg air panas, ikut kuantiti timun)
...
ikan talapia (dibakar, dn diambil isinye saja)
bawang merah atau bawang besar diracik halus
timun diracik2

cara2:
tumbuk cili kering dg belacan buh garam skit.
bla sudah lumat, campurkan pd timun dan bawang yg telah diracik2.
perah santan pekat dg air panas menggunakan sudu (nnti melecur plk tgn hihi)
campur kan pd timun td.
campurkan isi ikan talapia bakar td.
perasakn dg garam.
sedia dihidang....

Sunday, February 6, 2011

Homemade Nachos



Oleh kerana teramatlah sukanya nachos..maka belajar le buat sendiri

Bahan-bahan :
1/2 peket daging kisar Ramly
1/2 labu bawang besar dicincang
1/4 capsicum dicincang
1 biji tomato dibuang biji dan dicincang
1 sudu minyak zaitun utk menumis
sedikit lada sulah
sedikit garam
1 peket cachos
keju mozarella

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke 160 celcium selama 10 minit sambil tu sediakan topping
2. Tumis bawang yg dicincang sampai naik bau
3. masukkan daging cincang dan kacau sampai empuk.
4. kemudian masukkan capsicum dan tomato..gaul rata dan masukkan lada sulah dan garam
5. kalau nak pedas boleh masukkan hirisan cili merah tapi saya tak letak..anak tak makan pedas
6. biarkan kering sikit dan angkat.
7. letak aluminium foil atas dulang bakar dan letakkan topping atas cachos dan susun atas dulang pembakar. Kemudian letakkan mozarella atas topping.
8. Masukkan dalam oven dalam suhu 160 darjah celsius selama 10 minit.
9. Angkat dan hidangkan panas-panas

SedapppP!!!